Label

Rabu, 15 September 2010

Resep Orang Tua Lama

Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan
> Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian
> bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun
> pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan
> ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut
> luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.
>
> Bau mulut
> Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan
> berkumur.Buatlah selama beberapa hari.
>
> Resdung
> Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu
> kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga
> amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
>
> Kunyit mengurangkan rabun mata
> Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya
> diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum
> air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.
>
> Perut masuk angin
> Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah
> dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.
>
> Perut Memulas
> Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.
>
> Telingga bernanah
> Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan
> ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah
> secara terus menerus selama 1 minggu.
>
> Rambut Ubat Kaki Pecah
> Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut
> itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu
> tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih
> dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan
> kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki
> yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.
>
> Jerawat
> a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang
> mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa
> sehingga jerawat di muka anda hilang.
> b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan
> pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian
> setiap hari.
>
> Rambut beruban
> Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu
> besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng
> sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu
> sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau
> sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada
> bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
>
> Melebatkan tumbuh rambut
> Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di
> atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul
> sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus
> ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah
> sedemikian setiap hari.
>
> Membuang tahi lalat hidup
> Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan
> kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya
> membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.
>
> Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
> Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya
> untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau
> tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi
> dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
>
> Menghilangkan kesan jerawat
> Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1
> jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air
> sejuk.
>
> Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
> Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan
> hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu
> tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan
> pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.
>
> Daun petai cina ubat seri muka
> Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak
> tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian
> tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada
> waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.
>
> Kudis buta
> Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian
> dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian
> dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.
>
> Bulu ketiak
> Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan
> ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga
> rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.
>
> Cacar air
> Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang
> mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah
> dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah
> dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan
> pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.
>
> Menghilangkan bekas kurap di badan
> Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu
> terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat
> ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu
> sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak
> tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.
>
> Menghilangkan bau ketiak
> Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan
> biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air
> sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.
>
> Ubat panau
> Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang
> terkena panau itu.
>
> Menghilangkan parut cacar air
> Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan
> sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan
> bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.
>
> Gatal-gatal malam
> Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli,
> campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.
>
> Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
> Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut
> setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.
>
> Gatal Kulit
> Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan
> terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa
> dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa
> kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi
> dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran
> sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur
> sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum
> pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam
> periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air
> kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang
> secara beransur-ansur.
>
> Menghilangkan Bulu Ketiak
> Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada
> tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang
> anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan
> sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak
> anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah
> pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian
> hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati
> anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi
> menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.
>
> Sakit bahagian buah pinggang
> Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian
> dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih
> kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu
> gelas.
> Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu
> lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira
> 3/4 gelas.
>
> Sakit siplis
> Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan
> diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
>
>
>
> Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu
> menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.
>
> Bisa-bisa tulang
> Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama
> 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.
>
> Lemah jantung dan darah tinggi
> Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di
> semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya
> makan seulas untuk tempoh seminggu. Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda
> mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.
> Kencing manis
> Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus
> dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning
> ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah
> liter air dengan api yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal 1/4
> nahagian,angkat dan sejukkan.
> Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah,
> penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat
> tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh
> sesudah mencubanya.
> Demam kuning
> Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus,
> kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit
> garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.
> Penyakit kuning
> Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah
> tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.
> Demam Berdarah
> a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis,
> panasnya akan turun segera
> b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan
> basahkan kepala dengan air tersebut
> Cara-cara mengurangkan demam
> a.Beri pesakit minum air yang banyak
> b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
> c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang
> tebal
> Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
> a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
> b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi
> sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik
> dan ucapkanlah:
> "Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu"
> Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari
> berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari
> lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.
>
> Pening Kepala
> Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak
> bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam
> perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi
> halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian
> digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
> Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun
> kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah
> lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat
> segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.
> Ubat Kencing Batu
> Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa
> teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari
> 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas
> air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali
> minum adalah sebanyak 3/4 gelas.
> Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
> Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam
> perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat
> mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang
> tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih
> muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu
> dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong ==
> 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi
> sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun
> sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.
> Sakit Kepala
> Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel
> saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka
> rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila
> banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit
> kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu
> kerap mungkin menandakan sakit barah otak.
> i.Punca Dari Pakaian
> Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh
> menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang
> keterlaluan
> ii.Punca Dari Cahaya
> Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan
> sumber cahaya yang terang
> iii.Punca Dari Mata
> Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh
> menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai
> kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala
> iv.Punca Dari Penyakit
> Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan
> sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.
> v.Punca Dari Kepala
> Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan
> sakit kepala
> Ubat sakit kepala
> i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam
> membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan
> ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan
> pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas
> itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.
> atau
> ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1
> sudu teh lalu diminum.
> Cirit-Birit
> Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah
> hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya). Biji kopi
> dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan
> madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut
> Kencing Tidak Lawas
> Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan
> diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum
> apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di
> atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.
> Menyembuhkan Luka
> Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah
> ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka
> hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di
> atas bahagian yang luka itu.
> Menyembuhkan sakit gigi
> Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung
> dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam
> dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk
> menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit
> pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.
> Untuk mendapat anak
> Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah
> secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai
> sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan
> semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah
> selawat sebelum meminum air tersebut.
>
> Jika terlekat tulang
> Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali,
> masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan.
> Insya-allah ,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.
> Untuk mengubati penyakit batu karang
> Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian
> campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah
> ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.
> Panawar racun dan sengatan binatang berbisa
> Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,
> kemudian diminum.
>
> Penawar jika dipatuk ular
> Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian
> ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada
> tempat yang terkena patukan.
>
> Penawar gigitan anjing gila
> Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan
> kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan
> pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.
> Untuk merawati masalah batuk kering
> Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah
> ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan
> ini dicampurkan dengan madu lebah
> dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit
> tersebut.
>
> Penawar sesak nafas
> Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak
> yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu
> lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.
> Penyakit gagap
> Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah
> serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka
> yang mempunyai masalah di dalam percakapan.
> Batuk Biasa
> Ramuannya;bawang putih dan madu.Bawang putih yang telah dibersihkan dari
> kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia
> bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali
> makanberatnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari.
> Benjol dan luka yang teruk
> Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah
> delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah
> pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.
> Mempercepatkan penumbuhan rambut
> Ramuannya;darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu, campurkan
> semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan
> ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.
> Mata berselaput
> Bahan-bahannya;Buih laut dan madu. Ambil buih laut yang terdapat dipinggir
> laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut),
> dan campurkannya bersama dengan madu, kemudian letakkan campuran tersebut
> di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.
> Penjagaan badan supaya sentiasa langsing
> Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus,
> kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah
> selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu hendaklah
> diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.
> Pelembap muka
> Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin
> pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan
> madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit
> muka akan menjadi lembab dan segar.
>
> Membersihkan Muka
> Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu
> tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian
> basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa
> lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang
> berminyak.
> Deman Selsema
> Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu
> tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian
> basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa
> lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang
> berminyak.
> KHASIAT
> Khasiat buah betik ubat sedu
> Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur
> dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan
> sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan
> mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.
> Kopi halia ubat kembung
> Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia pula
> dipotong nipis lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan.Perah air
> halia ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu selama 15 minit supaya air
> halia itu sebati dengan air kopi.Minum air kopi masa masih panas-panas
> sedikit demi sedikit.Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang
> yang selalu terasa badannya sejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap
> badan.
> Khasiat dari akar kayu sengugut
> Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu
> tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali
> sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya
> mata.Insya-Allah.
> Khasiat pucuk jambu
> Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini.Ambil
> beberapa tangkai pucuk jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk
> dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumat dicampurkan dengan
> segelas air suam, biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya selama
> 3 hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan muntah-muntah lagi.
> Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan
> Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi
> kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan
> dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan
> anda menjadi lembut.
> Khasiat bunga raya masalah gugur rambut
> Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu
> dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar
> air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya
> tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.
> Khasiat daun jarak
> Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6
> lembar.Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak kelapa
> dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun itu tidak
> jatuh, elok diikat dengan selendang. Insya-allah, penyakit itu akan sembuh
> dan anak anda akan dapat tidur lena kemudianya.
> Khasiat dari akar kelapa
> Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan
> sebagainya. Penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya akar
> kelapa gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus. Air
> rebus itu diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu.
> Khasiat dari ubi jalar
> Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar
> atau ubi keledek dicuci bersih dan digiling halus.campur pula dengan
> sedikit air kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang luka
> akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan terus
> sembuh.
>
> Khasiat buah mentimun
> Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut
> mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku
> kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil
> airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah
> diparut itu.Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Dengan izin allah,
> bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.
> Khasiat buah betik ubat sedu
> Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur
> dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan
> sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan
> mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.

sumber: http://syazi1972.multiply.com/journal/item/52

Tidak ada komentar:

Posting Komentar